Nota Editor: Happy New Year 2010...

|

Hi all,
Pertama sekali, Selamat Menyambut Tahun Baru 2010. Sesungguhnya kehadiran 2010 pasti menyapa makna disebalik kehidupan bekerja kita, mahupun kehidupan seharian yang dilalui. Apapun biarlah langkah pertama kita pada tahun baru ini kita mulakan dengan semangat yang luar biasa. Keluarkanlah segala kelebihan diri, dan rebutlah segala peluang yang tebentang dihadapan mata. Setahun berlalu tidak terasa berlalunya. Marilah bersama kita mulakan langkah baharu dalam apa jua keadaan, dan kita teruskan tanpa sekelumitpun rasa ragu. 2010 tidak sama seperti tahun-tahun sebelumnya, kerana jika semalam kegembiraan mengiringi setiap langkah kita, janganlah pula kita menempelak pada diri kerana laluan yang menanti ditahun baru ini tidak seperti yang diharapkan. 2010 lain iramanya, malah badai yang bakal melanda lebih kuat dan memerlukan kita cukup bersedia secara fizikal dan mental.

Bagi rakan-rakan seperjuangan, terima kasih kerana telah bersama-sama saya mengharungi ranjau dan liku kehidupan sebagai seorang pendidik. Tidaklah pula kehidupan sebagai guru ini sesenang seperti titipan kata ramai orang, tetapi dengan hadirnya kalian, ianya tidaklah seberat mana yang disangka. Dengan Izin Tuhan, setiap kejayaan yang diraikan sebelum ini, akan kita teruskan lagi pada Tahun 2010 nanti. Dengan kudrat yang ada, marilah kita memiliki 2010 ini dan menghiasinya dengan segala sesuatu yang baik.

To you all insignificant others mengimpikan akan jatuhnya saya, dan mereka yang acapkali meniti cerita-cerita basi mengenai saya, Selamat saya ucapkan. Semoga tahun ini akan membawa pengertian besar pada kalian bahawa saya tidak akan jatuh, atau meratapi kekalahan saya, kerana saya akan teguh berdiri. Walaupun kalian boleh terus dan terus mengata, saya tetap akan menelusuri tahun baru ini dengan gembira sekali. Dipenghujung tahun nanti, saya pasti akan tersenyum pada kalian.

Akhir kata, kepada rakan² Bloggers saya, Elsa, Daniel, Amanda dan AJ, keep up the good work guys. Anda merupakan ilham saya untuk terus blogging sehingga ke hari ini.

Happy New Year 2010











    Master Mervyn ~ Life's A Wink®

2 comments:

Amanda Christine Wong said...

happy new year! :D

AJ said...

selamat tahun baru 2010 vynne.. ada special draw tu saya dingar time new year... ndak mau bili numbur ka??